31 Mac 2011

Kerajaan Idahan Kuno

kalau ikutkan fakta sejarah Melaka Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414...manakala menurut manuskrip Idahan kuno bertulisan jawi menyatakan Abdullah memeluk Islam pada tahun 1408 dimana 6 tahun lebih awal dari Parameswara. Abdullah merupakan seorang raja yang telah membuat catitan manuskrip jawi yang menggunakan bahasa Idahan dan kini menuskrip kuno Idahan telah disimpan oleh Arkib Negara Malaysia.

Menurut cerita lisan yang diturunkan dari turun temurun, Sabah dahulunya mempunyai kerajaan yang diperintah oleh maharaja Gabag tetapi telah dihancurkan oleh kerajaan Sulu dan Brunei, oleh kerana disebabkan oleh dengki dan iri hati dengan kerajaan Idahan yang mashyur dengan aktiviti perdagangan sarang burung ke negara China semasa pemerintahan Dinasti Ming maka kerajaan Sulu dan Brunei telah berpakat menghancurkan kerajaan Idahan...tetapi sehingga sekarang masyarakat Idahan masih menjalankan perdagangan sarang burung dan mempunyai hak eklusif terhadap gua-gua di Sabah yang di iktiraf oleh kerajaan.

kalau ikut pahaman patik, kerajaan cuba mencari tarikh baru agar kerajaan Melaka tetap menjadi kerajaan terawal menerima Islam dan sekaligus menjadi pusat penyebaran dirantau ini...


Tapi Kedah dah ada Sultan Al-Mudzafar Shah I lebih awal (1136 - 1179), makam Islam di jumpai seawal tahun 904 masihi...
sumber dari:http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-194073.html
 

30 Mac 2011

Perjalanan Menempuh Sejarah-Perak Tengah_Bota_Pasir Salak_Teluk Intan

Perjalanan Jauh Tak Kami Rasa,
Hati Bergelora Penuh Tanda Tanya,
Jalan Kami Mengisi Dada,
Hati Kami Merasa Gembira...







-Kurempuh jua jalan itu-
Demi secebis ilmu dan pengalaman pelosok mana jua kuredah,
bersama semangat jitu menempuh perjalanan sejarah
Melayu Ku Agung Melayu Ku Junjung!




-Islam di tanah melayu-
Surau lama yang masih dipelihara dan digunakan sehingga kini oleh masyarakat setempat
membuktikan pengaruh islam dalam senibina melayu berfungsi dan memberi manfaat bukti Islam bertapak di sini suatu ketika dahulu
Islam Hidupku Islam Matiku!




-Perjalanan yang memberi ilmu-
Penurunan ilmu warisan serta budaya dalam senibina melayu oleh En Firdaus Al-Siddiq
Pelajar yang dahagakan ilmu perlu mencarinya,
bertanyalah pada yang pakar!




-Seni dan warisan kita-
kebudayaan dan warisan senibina melayu kian pudar dimamah usia
siapa yang harus mempertahankannya?
Melayu?Anak Melayu?Bangsa Melayu?
Tanya la asal usul anda!




-Terowong Sejarah Pasir Salak-
Seiring bersama memperjuangkan sejarah asal usul melayu di Perak Tengah
Destinasi persinggahan penuh makna yang menyimpan memori dan kebenaran sejarah Melayu
Galilah kebenaran sejarah melayu Perak disini
Jangan Bilang Dikau Melayu Andai Tak Tahu Asalmu!




-Santai-
Akhir perjalanan destinasi di Teluk Intan
Kegembiraan terserlah diwajah mereka
Ilmu Diisi Tersemat Dihati!

15 Mac 2011

welcome to the South East Asian ARchitecture

Laman ini di tadbir oleh 6 orang anak muda (kazroy, shaiful, hilman, adha, aima, muqriz) yang dahagakan salasilah nusa dan bangsa. 

membawa mereka untuk menyelusuri sejarah kehebatan bangsa langsung kepada anda.

nantikan pencarian mereka