31 Mac 2011

Kerajaan Idahan Kuno

kalau ikutkan fakta sejarah Melaka Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414...manakala menurut manuskrip Idahan kuno bertulisan jawi menyatakan Abdullah memeluk Islam pada tahun 1408 dimana 6 tahun lebih awal dari Parameswara. Abdullah merupakan seorang raja yang telah membuat catitan manuskrip jawi yang menggunakan bahasa Idahan dan kini menuskrip kuno Idahan telah disimpan oleh Arkib Negara Malaysia.

Menurut cerita lisan yang diturunkan dari turun temurun, Sabah dahulunya mempunyai kerajaan yang diperintah oleh maharaja Gabag tetapi telah dihancurkan oleh kerajaan Sulu dan Brunei, oleh kerana disebabkan oleh dengki dan iri hati dengan kerajaan Idahan yang mashyur dengan aktiviti perdagangan sarang burung ke negara China semasa pemerintahan Dinasti Ming maka kerajaan Sulu dan Brunei telah berpakat menghancurkan kerajaan Idahan...tetapi sehingga sekarang masyarakat Idahan masih menjalankan perdagangan sarang burung dan mempunyai hak eklusif terhadap gua-gua di Sabah yang di iktiraf oleh kerajaan.

kalau ikut pahaman patik, kerajaan cuba mencari tarikh baru agar kerajaan Melaka tetap menjadi kerajaan terawal menerima Islam dan sekaligus menjadi pusat penyebaran dirantau ini...


Tapi Kedah dah ada Sultan Al-Mudzafar Shah I lebih awal (1136 - 1179), makam Islam di jumpai seawal tahun 904 masihi...
sumber dari:http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-194073.html
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan