1 Apr 2011

Sejarah Melaka

Mengikut fakta-fakta yang diperolehi dari buku-buku sejarah dan teks-teks yang belambak-lambak sama ada di muzium mahupun di kedai-kedai buku, semuanya mengisahkan catatan peristiwa yang sama dimana Melaka yang satu ketika dahulu terkenal dengan kehebatan serta keagungannya menguasai sebahagian besar Nusantara akhirnya tewas di tangan Portugis.
Namun begitu, kini telah ramai golongan bilak pandai yang mencintai sejarah telah berjaya merungkai sebahagian besar fakta-fakta sebenar sejarah Nusantara yang telah di"hidden"kan oleh mereka-mereka yang tak bertanggung-jawab dan punyai agenda tersembunyi.
Dasawarsa ini, telah banyak fakta-fakta dan teori-teori baru yang menceritakan catatan sebenar berkaitan dengan kejatuhan Melaka. Antaranya yang paling menarik(namun memeningkan serta diragui kesahihannya), adalah fakta dimana Melaka yang dikatakan tewas di tangan Portugis dan akhirnya dijajah, sebenarnya pernah MENJAJAH Portugis dan mewujudkan sebuah kerajaan agung yang dinamakan "Kesultanan Melayu Portugis". Fakta menarik ini adalah hasil dari penyelidikan oleh seorang penulis novel,Faisal Tehrani dan hasil penyelidikan beliau diabadikan dalam bentuk novel yang bertajuk "1515".



Antara kisahnya...
 
Ketika Melaka yang begitu tersohor dan terkenal dengan kekayaan dan kekuasannya yang menguasai nusantara, namun sayangnya Melaka turut tersohor dengan sikap sultan yang hanya tahu berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawabnya.
Di kala Melaka yang masih leka dengan kesenangan dan kekayaan yang teramat banyaknya, masing-masing telah menjadi lalai dan leka dengan ancaman serta bahaya yang bakal tiba dan bakal menghancurkan Melaka. Di kala itu juga, lahirlah seorang Srikandi yang dinamai Nyemah Mulya pada malam lailatulqadar 1946.
Nyemah merupakan cucu kepada guru Al-Quran Sultan Ahmad Shah manakala ibunya merupakan dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan sebagai pahlawan, dididik dengan segala ilmu dunia dan persilatan termasuk ilmu ghaib.






Nama Alfonso de Albuquerque turut diperkenalkan kerana nama itulah Melaka diconteng arang pada sejarahnya. Alfonso de Albuquerque sememangnya pernah menyerang Melaka namun ia bukan sekadar ingin merampas kekayaan Melaka, malah berniat untuk menyebarkan agama Kristian dengan mengkafirkan orang-orang Islam di Melaka.




Flor de la Mar, kapal tua yang bertanggungjawab membawa Alfonso menuju ke Melaka dengan bantuan Ninna Chattu dan Kittul Keling yang merupakan pembelot paling khianat, bangsa yang tidak pernah mengenang jasa bumi Melaka. Saat ini Nyemah Mulya mula berbakti dengan Melaka sepenuh hatinya. Nyemah mempertahankan bumi Melaka walaupun Sultan Mahmud Shah telah terlebih dahulu luntur semangatnya. Kekejaman soldadu pimpinan Alfonso cukup meyakitkan hati, istana sultan dibakar, kaum lelaki dijadikan hamba, kaum wanita dijadikan bahan pesta benggali putih dan golongan yang setia pada agamanya diseksa hingga ada yang mengkhianati kalimah suci.




Melaka tewas malah semangat rakyat kian luntur, agama ditukar kerana rasa kecewa pada pemerintah yang hanya mengambil jalan mudah dengan melarikan diri ke Pahang, amanat dilupakan dan rakyat digadaikan. Saat ini Alfonso membina A Famosa, lambang Melakasudah dicemar.Semangat negeri jajahan Melaka merampas kembali Melaka dari Feringgi hanya sia-sia. Nyemah Mulya memohon jasa Tun Fatimah untuk mencari Jalan agar A Famosa tidak terbina, agar sultan berusaha merampas kembali tanah Melaka. Keadaan sultan dan anakandanya yang tidak sepakat untuk mempertahankan bumi Melaka terus memberi peluang kepada Feringgi menguasai Melaka sepenuhnya. Peperangan berlaku di Batu Hampar dan Muar, terus membawa baginda jauh dari Melaka dan bersemadi dengan kekalahan di Pahang. Pembinaan kota A Famosa membimbangkan hati orang Melaka yang berniat untuk menakluki Melaka semula, semakin teguh A Famosa semakin luntur semangat orang Melaka. Nyemah Mulya terpaksa memencilkan diri agar tidak ditangkap dan dibawa ke Lisbun, baginya tiada ertinya hidup sekiranya bumi Melaka tidak lagi ditatapinya. Portugis ditakluk.
Kesungguhan dan kehebatan Nyemah Mulya sewaktu bertempur dengan Feringgi, menarik perhatian baginda sultan lalu baginda memerintahkan Nyemah Mulya mengetuai angkatan Melaka menyerangPortugis.
Perkenan sultan, Nyemah diangkat menjadi Tun, seraya menjadikan Tun Nyemah Mulya seumpama anakanda baginda sultan. Nyemah memohon perkenan sultan untuk meyerang Portugal sebagai tanda bangsa Melaka bukan bangsa yang kecil dan lemah. Walaupun tewas menakluki Portugal, Nyemah Mulya tetap mengharumkan nama Melaka, menjadikan dirinya terbilang.
1512, tenggelamnya bahtera Flor de la Mur, walaupun Alfonso berjaya membina kota A Famosa dan menawan Melaka namun dalam perjalanan pulang ke Portugal bahtera tuanya tenggelam, kerana keangkuhan paderi yang mencabar kebenaran kata-kata Tun Nyemah Mulya. Alfanso hanya berjaya menyelamatkan beberapa barangan lambang kemegahan Melaka dan Tun Nyemah Mulya. Tun Nyehmah Mulya di bawa pulang dan di jadikan hamba di istana Raja Manuel, riwayat dan sejarahnya terus bersemadi di Lisbon.
Kesimpulannya 1515 mempunyai kekuatan yang tersendiri, penuh dengan sindiran dan kekuatan penggunaan bahasa yang seolah dapat memberi gambaran yang sejelasnya pada sesuatu keadaan, terutamanya ketika Tun Nyemah Mulya menawan Portugal dan sewaktu Tun bermain senjata dengan Alfonso.

Namun Demikian, Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan adakah kewujudan Tun Nyemah Mulya sengaja dipadamkan dari sejarah atau sememangnya ia dogengan semata-mata. Sekiranya srikandi ini dipersoalkan akan jasa dan sejarahnya, mana bukti yang mengatakan Hang Tuah cukup berjasa kepada bumi Melaka(kerana tiada catatan yang sahih berkenaan penentangan Hang Tuah terhadap Pertugis). Namun persoalan yang cukup penting dalam novel ini, "mengapa Melaka begitu mudah dijajah?"... adakah kerana adanya kebenaran yang mengatakan bahawa "bangsa Melayu itu adalah bangsa yang paling alpa di dunia?"...atau yang sebenarnya bangsa melayu ini sebenarnya "satu bangsa agung yang teramat misteri dan dikatakan bakal menguasai dunia?"...dan disebabkan itu, "terdapat pihak tertentu yang cuba memadam sejarah yang sebenar dengan tujuan untuk menjadikan bangsa melayu ini melupakan asal usul mereka?"... biarlah masa yang menentukan segalanya.

(akan datang......."Senjata Melayu Kuno yang dirahsiakan")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan