Keranda-keranda kayu yang terdapat di beberapa buah gua di sepanjang Sungai Kinabatangan hingga ke Kuala Kuamut masih banyak menimbulkan tandatanya dan misteri kerana tidak ada bukti bersepadu dari mana-mana pihak yang boleh menentukan kesasihan cerita di sebaliknya.
Terdapat cerita yang agak berbedza-bedza, mungkin kerana kisah-kisah yang berhubungkait dengan keranda-keranda tersebut sudah begitu lama dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengingati fakta dengan tepat.
Terdapat ratusan buah keranda lama yang dipercayai diperbuat daripada kayu belian dan merbau ataupun kayu keras yang lain di beberapa buah gua di daerah Kinabatangan, di antaranya gua yang mempunyai keranda lama ialah di Agop Batu Tulug di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan yang kini telah dijadikan Muzium Tapak sejak pada 6 Julai 1996 oleh Jabatan Muzium Sabah.
Terdapat lebih dari 100 buah keranda kayu di Muzium Agop Batu Tulug yang dipercayai diperbuat daripada kayu belian dan merbau. Keranda-keranda tersebut mengikut kajian pentarikhan karbon (Carbon Dating) ada yang sudah berusia 934 tahun sementara Agop Batu Tulug dianggarkan berusia 20 hingga 25 juta tahun.
Menurut Tom dan Barbara Harrisson dalam buku mereka yang bertajuk "The Prehistory of Sabah" ratusan keranda kayu juga boleh ditemui di Agop Miasias di Sungai Lokan, Agop Gomantong, Tempadong, Madai, Baturong, Agop Kala Bugir, Agop Sapa Tareng, Agop Sarupi dan juga di beberapa Agop yang lain. "Agop" dalam bahasa suku kaum Sungai yang mendiami sebahagian besar kawasan Kinabatangan bererti "Gua".
Ketika ditemui keranda-keranda dalam keadaan berselerak di merata tempat gua dan ada juga yang masih utuh sementara yang lain sudah mulai reput, terdapat keranda terpisah antara badan dan penutupnya. Tidak kurang juga yang masih dalam keadaan tersusun rapi.
Terdapat keranda-keranda di gua-gua tersebut adalah dalam rupa bentuk yang hampir sama. Ukiran yang amat terkenal terdapat pada kerana-keranda tersebut ialah kepala kerbau ataupun tempadau, buaya, ular, cicak, burung serta ukiran-ukiran yang sungguh menarik pada sebelah atas keranda (penutup keranda).
Ukiran kepala kerbau terdapat di hampir setiap hujung keranda dan ada juga terdapat di sebelah hujungnya sahaja, sementara banyak juga keranda tanpa sebarang ukiran, manakala terdapat keranda dalam berbagai-bagai ukuran. Menurut Barbara Harrisson dalam bukunya itu ada juga keranda berukuran 7 hingga 12 kaki panjang.
Rekabentuk yang terdapat pada keranda-keranda tersebut masih menjadi persoalan. Kenapa hanya terdapat satu kepala kerbau dan kenapa ada dua dan kenapa ada keranda sepanjang 12 kaki sedangkan ukuran tubuh manusia biasa pada masa itu hanyalah sekitar 5 hingga 6 kaki sahaja. Ada keranda kelihatan besar dan tidak kurang juga yang kecil.
Adakah ukuran dan saiz keranda tersebut boleh dikaitkan dengan cerita Barbara Harrisson tentang kisah lagenda di Sungai Lokan wira Giwai dikebumikan bersama tunangnya Tahira yang meninggal dunia. Satu lobang kecil dibuat pada keranda bagi membolehkan seruling Giwai disematkan.

Sepanjang 7 hari seruling Giwai ditiup dari dalam keranda sehinggalah seruling berhenti bagi menandakan Giwai turut meninggal dunia di dalam keranda yang sama. Pada mulanya Giwai telah meminta keluarganya supaya membuat keranda berukiran sisik buaya dan kepala kerbau untuk mengkebumikan dirinya bersama Tahira. Keranda Giwai dan Tahira kononnya disimpan di Gua Miasias.
Keranda di Miasias, Sungai Lokan mungkin ada kaitannya dengan lagenda yang diceritakan dalam buku "The Prehistory of Sabah" tulisan Tom dan Barbara Harrisson tentang Sangan seorang yang gagah perkasa dan seorang pemimpin unggul di sebuah kampung di Sungai Lokan.
Legenda itu menceritakan Sangan ditikam oleh abang iparnya Tanaut yang dengki padanya melalui pembunuh upahan ketika ia tidur dalam medan perang. Dengan rasa kesakitan Sangan bangun dan melihat pembunuh upahan itu berdiri di sisinya, Sangan mencabut lembing yang tertanam didadanya lalu membunuh pembunuh yang diupah oleh Tanaut.
Hati Sangan terjulur keluar dari bekas tikaman namun dia dapat kembali ke kampungnya sambil memegang hatinya yang terkeluar. Tidak tahan dengan memegang hatinya itu, Sangan membuat keranda kecil dan mengkebumikan hatinya dalam keranda tersebut. Kisah legenda ini berakhir dengan menceritakan Sangan kononnya telah menjadi harimau kerana sumpahan.
Keranda berukir yang banyak terdapat di Miasias juga mungkin boleh dikaitkan dengan legenda Si Empat Mata yang pakar membuat keranda berukir dan dikatakan dalam legenda ini Si Empat Mata pernah berebut dengan adiknya Si Mata Tunggal ke atas keranda yang telah dibuat oleh Si Empat Mata dengan begitu cantik lengkap dengan ukiran sisik buaya dan kepala kerbau.
Legenda yang lain juga menceritakan Sidadak telah membuat keranda kayu untuk adik perempuannya yang mati dibaham buaya dan menyimpan keranda tersebut di Agop Batu Tulug di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan.
Mitos dan legenda menggambarkan ukiran buaya ada hubungkaitnya dengan kematian dan kuasa kegelapan dan burung "bugang", anjing, ayam jantan dan rusa sebagai sahabat wira namun tidak ada faktapun yang boleh menentukan kenapa ada keranda yang tidak berukir langsung dan tidak ada pula kajian yang boleh menentukan makna ukiaran-ukiran tersebut, malah ukiran kepala kerbau tidak tergambar dalam lagenda mahupun cerita rakyat setempat.
Berbagai-bagai andaian telah dan sedang dibuat, kononnya keranda-keranda lama itu pernah dimiliki oleh pedagang Cina pada kurun ke-10 (Dinasti Sung) yang pernah membuat menempatan di Kinabatangan serta expedesi yang diketuai oleh Ong Sum Ping pada kurun ke-14 (Dinasti Ming) yang pernah membuat menempatan di Kinabatangan dan nama Kinabatangan itupun kononnya adalah sempena nama Cina, "Kina" (Cina). Namun belum ada sebarang bukti arkeologi dapat mengesan penempatan tersebut.
Boleh jadi juga dakwaan ini boleh dibuktikan kerana di samping tulang manusia terdapat juga ceramik Cina ditemui dengan beberapa tinggalan-tinggalan yang lain, termasuklah celapa, keris besi, sumpitan, gong, lembing tembikar tanah dan sebagainya di dalam beberapa keranda yang ditemui.
Pendapat ini masih disangkal oleh teori-teori yang lain yang menyatakan tidak semestinya ceramik Cina yang ditemui dari dalam keranda-keranda itu boleh membuktikan yang keranda-keranda itu milik suku kaum Cina kerana mungkin orang-orang tempatan di Kinabatangan ketika itu telah mewarisi artifak Cina yang dikebumikan bersama mayat pewaris berkenaan.
Ini mungkin boleh membuktian cerita sebenar kerana suku kaum yang terdapat tinggal di Kinabatangan itu sebelum kedatangan Islam biasanya mengkebumikan harta pusaka mereka bersama pemiliknya apabila mereka meninggal dunia.
Kajian arkeologi menyeluruh yang dijangka akan dirangka oleh Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuti Malaysia serta para pengkaji dari institusi pengajian tinggi barangkali akan dapat menyingkap segala misteri keranda-keranda tersebut.
Apapun sangkalan dan dakwaan terhadap keranda-keranda misteri itu ianya tetap menjadi bahan bukti sejarah dan sebagai khazanah warisan budaya yang berkaitrapat dengan tatacara hidup orang-orang tempatan khasnya di Kinabatangan dan ianya perlu dijadikan aset kebudayaan dan adat bagi negeri Sabah.
Sebab itu Jabatan Muzium Sabah dengan visi memelihara budaya, sejarah dan alam semulajadi Sabah bertanggungjawab ke atas keranda-keranda yang masih terdapat di beberapa gua di Kinabatangan sebagai bahan kajian untuk faedah generasi sekarang dan akan datang.
Namun segala-galanya akan tidak terlaksana tanpa ada kerjasama daripada masyarakat setempat yang perlu bertanggungjawab sama bagi memelihara dan menjaga reputasi senibudaya sendiri.
http://taipanqqculinary.blogspot.com/2018/02/sedang-diet-ini-jenis-pancake-yang.html
BalasPadamhttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/pasangan-ldr-tetap-dapat-rayakan.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/jomblo-enggak-bakal-ngenes-kalau.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!